BAP
Entry Profile Facebook Twitter Me2Day We♥It Follow



Hi World! I`m Ani Zuraini.. Thanks for visited my blog. Leave your footstep at my cbox. Kamsahamnida ^^








Template by: Princess eyla
Thanks to :     
The Owner : Ani Zuraini
Best Views : Google 


Sahabat. Jangan tinggalkan aku :'(
Thursday, October 18, 2012 | 10:54 PM | 0 Ask
Assalamualaikum and hai semua :)

Harini kita nak cerita pasal sahabat kita sorang ni. Kitaorang kenal masa tadika 6 tahun. 10 tahun kita dengan dia. Nama dia Nini Fazliana Mohd Fauzi. Unik kan nama dia :'D Masa Sekolah Rendah, kami satu kelas duduk sama sama, pergi kantin sama sama. pernah satu hari masa umur 9 tahun, kita gaduh dengan dia. Sebab dia ada kawan lain. kita sedih sangat masa tuh. Kita takde kawan masa tuh. Dalam 2 bulan gitu baru kitaorang rapat balik. Sampailah umur 12 tahun kitaorang satu kelas. 

Ni lah kawan kita. Nama dia Nini. Dia comel, baik and pandai dari kita :) Kita sayanggggggg dia sangat sangat :')


Masa UPSR kita tak belajar betul betul. Kita menyesal sangat sangat. Kita tak sama kelas dengan dia masa Sekolah Menengah sampailah sekarang. Tapi, walaupun kita dengan dia tak sama kelas tapi kitaorang rehat sama sama. balik sama sama. Kitaorang asyik berkepit je. And pernah tahun lepas, kita rapat dengan budak kelas kita. Kita dapat rasa yang dia marah kita sebab rapat dengan kawan kelas kita tu. Last2 kita cakap dengan kawan kelas kita yang kita tak boleh rapat dengan dia sebab Nini tak bagi. Nasib je dia faham situasi kita :') 

Gambar tahun lepas. Ni jela gambar kita dengan dia. Kita nak amek gambar dengan dia.. Tapi dia taknak. Segan katanya :'(


And sejujurnya, sahabat kita tu memang pandai dari kita sangat sangat. Trial dia haritu dengan trial kita beza 2 kali ganda. Kita menyesal tak belajar betul2. And kita selalu pergi sekolah belah petang belajar sama sama. And kita ada cakap dengan dia kita mohon Sekolah Teknik. Dia macam.. entahlah kita tak tahu nak cakap macam mana. And semalam 18 Oktober, dia tak bagitahu pun yang dia dah mohon SBP dekat Kuching. Kita tahu ni pun dari kawan baik kita lagi sorang. Masa kawan kita cakap kat kita, kita rasa nak nangis masa tuh, tapi kita tahan, kita taknak nangis, sebab kita taknak dia pun sedih jugak. Baru kita tahu macam nilah rasa bila kita cakap dengan dia kita mohon Teknik. Kita rasa menyesal sangat. Hmm. Kalau betul dia nak pergi SBP Kuching, kita tak boleh halang dia, tu kemahuan dia. Walaupun berat hati kita ni nak lepaskan dia jauh dari kita tapi kita terpaksa ikut kemahuan dia. Untuk masa depan dia jugak. Tapi, kita takut.. kalau betul dia pergi jugak SBP, kita takut dia lupa kita, dia lupa janji dia kat kita dan kita takut kitaorang takkan jumpa lagi nanti. Kita takut semua tu berlaku. Takut sangat :'(

Kita teringin sangat nak mohon dengan dia JANGAN PINDAH jauh dari kita. Tapi, kita tak sanggup nak halang kejayaan dia :'( Hm. Kita takut, kita tak boleh tempoh semua ni :'( Makk. Ika taknak kawan dunia akhirat kita pergi jauh dari Ika *lap air mata* dialah yang selalu bagi semangat kat Ika. Dia faham Ika and Ika faham dia :'( Mak Ika taknak dia pergiiiiiiiii!!!!!!!!! :'''(


P/S : Kita harap sangat dia baca post ni. Tapi..... TT_TT Aku Sayangggggggg Kau NINI FAZLIANA MOHD FAUZI :'( *lap air mata*